Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Friday 13 April 2012

 Salam ukhwah untuk semua. semoga semua berada dalam keadaan hati yang terbuka untuk membaca dan menerima. Sebenarnya, aku sangat rindukan semua orang dengan pakaian seragam maktab, dengan kelas yang buruk serta terdapat kerusi-kerusi plastik didalamnya. Aku sangat rindukan masa yang aku guna untuk study group dengan semua. Walaupun maktab kita tak femes pun, malah orang tak tau pun di besut ada dua mrsm yang namanya lain-lain, tapi hanya yang mengalami dan merasai betapa indahnya ukhwah itu sahaja yang akan meletakkan maktab kita sebagai carta teratas dalam semua jenis mrsm yang ada dalam dunia nih.
  Aku masih ingat mulut ni seperti bertih jagung bertikam lidah dengan semua orang. [credit to ihe]. Aku pun masih ingat bagaimana sedihnya semua bila serta merta 12 orang [kalo x silap] kena buang/gantung maktab, aku pun dah lupa. Tapi masa tu, kita semua tak ubah macam adik-adik yang seperti akan kehilangan abang-abangnya. Kita tak malu untuk menangis depan semua orang. Sejarah paling menakjubkan dalam dunia persekolahan di alam remaja. Sedih sangat masa tu. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kelas kita sunyi sepi. Suara-suara yang selalu kedengaran pun seperti sudah letih untuk bersuara mengeluarkan rasa ketidakpuasan hati kerna sahabat-sahabat diperlakukan begitu. Cikgu-cikgu hampir hilang akal untuk bersoal jawab. Cikgu-cikgu seperti mati akal untuk menyusun langkah dalam melakukan hukuman.
 Sememangnya itulah sunnatullah. ckgu juga manusia. Yang punya nafsu amarah dengan takat didih yang hanya Allah saja yang tahu. Bukan niat untuk mengungkit kisah lama dan seterusnya mengheret jiwa2 kamu untuk kembali membenci cikgu. Tapi niat hati hanyalah untuk mengajak semua berfikir sejenak menggunakan 100% akal tanpa secalit nafsu dan suara yang memukau dari si penghasut setia yakni syaitan. Istighfarlah sejenak jika ada rasa marah walau secalit sekali pun tika membaca ayat2 ini.

Aku pernah disuruh meniarap dengan rotan bertubi-tubi dibelakang. Rotan sebesar dua batang jari tu, sekarang pun seolah-olah sedang singgah atas belakang. Jika orang-orang tua melihat ini pasti sedih kerna kemungkinan otakku bakal benak. Aku pernah disuruh masuk ke dalam air cuci pinggan kerna keingkaranku. Salah siapa? Salah aku. kerna aku tak berfikir dulu sebelum berkata-kata. Aku pernah dijerkah HEA. Beliau menjerit dengan kuat mengatakan aku anak yang derhaka pada ayah aku sambil disaksikan guru-guru lain dan junior-junior yang lalu lalang. Sedangkan akulah anak yang ketika cutinya dihabiskan sepenuh masa menguruskan rumah dan menemani ayah tika arwah ada masalah dan memerlukan si pendengar. Akulah pendengar yang setia. Tapi HEA tak tahu. cikgu-cikgu lain tak tahu. Salah siapa? Salah aku, kerna aku tak pernah memberi kesempatan dan peluang untuk mereka mengenali aku. Aku tak suka berkongsi hal keluarga dengan cikgu. Salah aku.
Aku pernah dimalukan depan pelajar perempuan yang ramai oleh ustaz kamal. Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk membenci beliau. Betapa aku sangat benci padanya, sampaikan aku tak sanggup untuk mendengar suaranya di corong2 speaker, apatah lagi memandang mukanya. Aku tak sanggup, aku benci.

Tapi disebalik sifat pembenci dan pemarah itu.. Allah bagi manusia satu sifat yang manusia selalu tersalah guna. Bukan selalu, malah hampir 100% salah guna. Iaitu sifat PELUPA. sedarkah kita, kita selalu lupa akan kebaikan tapi senang untuk ingat kebencian dan dendam? Cuba renung diri masing2. Cuba tanya diri kita, atau cuba listkan antara benda baik dan benda buruk yang kita ingat, yang mana lebih berjela-jela listnya? belum tulis pun kita dah tau. kan? Memaafkan orang itu MULIA wahai sahabat.  Malah lagi mulia kalau orang itu ialah cikgu kita. Memang dia tak pernah mengajar kita mana-mana subjek, tapi tanpa mereka sedar, mereka dah pun ajar kita bagaimana untuk kuat. Bagaimana jika ditakdirkan suatu hari nanti kita menghadapi orang yang lagi menyampah tahap infinti lagi berbanding menghadapi mereka.

Allah telah hadirkan mereka untuk menghisab kita didunia ini. Dalam ramai-ramai kita yang dihukum dulu, siapa berani berkata dengan yakin bahawa dia tak pernah tinggal solat? Dalam ramai-ramai antara kita siapa berani menjawab dengan berani bahawa dia tak pernah kapel? Siapa antara kalian yang boleh menjawab dengan megahnya bahawa kalian tak pernah membantah walaupun dengan sekali 'AH!' kat ibu bapa? SIAPA? takda kan?

Fikir dalam2 wahai sahabat. Memaafkan orang itu mulia. Dan semua hukuman yang kamu terima pada waktu itu bukan hukuman kerna kamu memukul orang, bukan hukuman kerna kamu menyimpan video pukul orang, bukan kerna kamu pun termasuk sama dalm video tersebut, TAPI, disebabkan DOSA kamu yang lain. Think of it. I'm begging. Tika ini, aku bukan mengajak kamu untuk bersedih atau bersakit hati, tapi aku nak ajak kalian sucikan hati masing2. Bukan kerna hari guru. Bukan juga sebab nak reunion di maktab. Tapi sebab dosa itu akan kita bawa sampai akhirat. Dan tercatat dibuku amalan kita. Tika itu juga, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bagaimana untuk lepas dari neraka. Tak siapa boleh tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri sekarang.

Bagaiman jika timbangan kita pada mulanya seimbang, baik dan jahat kita sama banyak..Tapi malangnya, disebabkan dosa 'kecil' kita tidak memaafkan itu menjadikan timbangan kita SEDIKIT berat ke neraka. Masa tu..apa pun tak dapat tolong.Akhir kata, sama-sama kita tutup buku lama, bukak buku baru. JOM balik MAKTAB =)
 "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, [yaitu] orang yang berinfak, baik di waktu sempit atau lapang, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan [kesalahan] orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan"
Ali Imran:133-134

1 comment:

  1. Terbaik la post ni... semoga memberi manfaat buat semua.. sori maih tidak sempat utk menulis

    ReplyDelete