Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Sunday 11 May 2014

Kunjungan CK ke Kumamoto


Assalamualaikum sahabat sahabat yang sudi membaca nukilan saya pada kali ini. Penuh pujian kepada Allah kerana tiada kuasa lain yang mampu menggerakkan tangan ini untuk menaip jika bukan Dia yg Maha Kuasa. Kunjungan saya ke Bandar Aso (阿蘇市), Daerah Kumamoto, (熊本県)selama tiga hari atas urusan kelab membawa begitu banyak kenangan manis dan pengajaran yang saya ingin kongsikan disini.






Si Kumamon
Penulis bersama Si Kumamon (pegang kepala suruh duk diam diam)
Kumamoto adalah sebuah daerah di Kepulauan Kyusyu (九州地方) yang begitu terkenal dengan maskot beruang matahari Si Kumamon. Setiap warga Jepun pasti mengenali maskot tersebut kerana ia menjadi penanda arah bagi daerah Kumamoto. Adapun demikian, rakan saya di Kumamoto sendiri mengatakan di daerah Kumamoto tiada beruang. haha. saya pun tidak pasti.


Bandar Aso merupakan bandar yang dahulunya sebuah perkampungan pertanian yang terkenal dengan kelazatan arak Jepun (Sake) dan komoditi utama penduduk kampung ini adalah penternakan lembu dan produk tenusu. Kini, selain produk pertanian dan penternakan, Aso berubah wajah kepada kawasan pelancongan yang setiap tahun beratus ribu pelancong asing dan tempatan ke kawasan ini kerana ada tarikannya yang tersendiri. Perjalanan dari lapangan terbang Haneda, Tokyo ke Lapangan Terbang Kumamoto mengambil masa kira kira 1 jam 30 minit.

Saya sempat menjamah selera dengan seorang rakan di Kedai Kebab Turki. Kami tahu menunya halal dan menyelerakan!haha

Alhamdulillah, kunjungan saya ke Aso bersama rakan rakan Jepun melawat beberapa tempat menarik di Bandar Aso. Tempat pertama adalah Gunung Aso. Suka saya gunakan Gunung Berapi Aso. Walaupun nama tempat agak menggerunkan bagi sesetengah orang, gunung ini bukan lah gunung berapi yang setiap masa memuntahkan lahar berapi serta asap beracun. Gunung Aso bukan gunung berapi yang aktif. Ia mempunyai kira kira 7 lohong yang agak aktif mengeluarkan asap serta muntahan sulfur. Menurut seorang pensyarah disana, kawasan Aso beratus ribu tahun dahulu sebuah gunung berapi yang besar. Mungkin lebih besar dari Gunung Fuji. Ketidakaktifan dan iklim merubah gunung tersebut menjadi semakin mendap dan dijangka pada masa akan datang mendap sepenuhnya menjadi tanah rata. Kuasa Allah menjadikan tanah Aso begitu baik untuk pertanian sehingga pokok dan tanaman tumbuh dengan begitu hebat. Google Map jelas menunjukkan di sekeliling gunung Aso terdapat banyak gunung ganang lalu membentuk satu biji donat yang lazat.haha



Hakisan di bibir mulut Gunung Aso menampakkan usia sebenar gunung ini. Entah berapa ratus ribu tahun usia sebenar gunung ini. Penulis sempat bertanya akan penemuan fosil haiwan purbakala namun disangkal pertanyaan tersebut. Fosil ada di temui di Kepulau Kyusyu namun bukan di daerah Aso. Saya yakin Gunung Aso sempat menyaksikan haiwan purbakala menguasai dunia suatu ketika dahulu.







Cuba perhatikan apa perbezaan bukit gunung di Aso. Berbanding Malaysia, bukit bukau disini nyata tidak dihuni spesis kayu balak. Hanya dihuni rumput rumput nipis seperti di Bukit Broga, Selangor.  Kira kira 70 peratus dari seluruh kawasan Aso setiap tahun akan dibakar oleh para petani sejurus selepas musim sejuk. Ini adalah sebahagian dari budaya amalan petani penternak disini bagi menghapus pokok yang tidak berguna serta langkah mudah bagi membolehkan ternakan mereka bebas meragut rumput hingga ke puncak bukit bukau.



Ihsan Google Map























Sampai disini saja nukilan penulis. Insyaallah sekiranya pembaca sepkitojah terus membaca, saya akan kembali dengan cerita cerita lebih menarik di masa akan datang.ーチェッグ小林(CK)
Subhanallah
alhamdulillah