Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Thursday 22 November 2012

5 Al-batani

*salam*
Entry kali ini bukanlah mengenai isu semasa atau pon isu masa hadapan.Tetapi ia lebih kepada isu zaman dahulu kala , dalam erti kata lain, kenangan di zaman persekolahan.Entry ini di tulis kerana pada saat dan ketika ini saya sangat merindui rakan2 sekelas.Dan entry ini juga di tujukan khas buat budak2 kelas 5 Al-Batani.HEHE....


5 Al-batani pada zaman dahulu kala...(2010).

Kelas 5 al-batani nie dulunya ada seramai... erm lupa pulak berapa orang student. Jap, nak kira..

Group Farah :
Haiki,Aidah,Syahiran,Zetty 

Group Najib :


Mc.Posh, Mirul ,Ayub , Emy 


Group Zahid :

Fawwaz,Era,Ned,Shafiq


Group Shafira:

Atiq,Diyana,Fatin,Dibah,Syiro



Group Izyunee :
Pipah,Nazira , Fasya 

so. total 25 , betul ke ? HAHA, kalau ada nama sape2 yg tak tertulis, mohon beritahu ye. Al-maklum la penulis bukannya makin muda.

Time sekolah dulu , budak2 kelas lain semua pakat dok kata kelas 5A ni library . Pasai apa tu ?
Kalau hangpa lalu kelas ni, senyap je...takdak eh kecoh2 bising2 , kita semua budak baik. Kalau bising pon takdak orang lain dah, Mc Posh dengan syirol lah duk pungpang pungpang buat drama. Tapi bile dorang buat drama, satu kelas gelak, lawak gile kot.Dorang je lah yang jadi penyeri kelas. Yang lain kalo tak study , senyap sebab tidur la. Aku salah seorang yang paling kuat tidur. Zzz...

Ada lagi orang kata kelas kami ni macam gua sebab gelap. Memang la sebab kelas kami terlindung dengan dinding kelas depan.Tu jugak faktor yang menyebabkan kami senang mengantuk. *padahal mmg selalu tido pon* 

Yang sampai hari ni saya ingat pasal kelas 5A ni ialah suara ketua darjah kami. Mak oiiii kuat macam pakai maikropong pon ada.. semua yang mamai lepas bangun tido terus terkejut jadi segar serta merta bila dengar dia bagi salam kat cekgu. Budak 5A tau la sape dia kan.. HAHA...

Tragedi yang saya tak lupa jugak bila surat khabar untuk kelas 5A selalu hilang. Tak lain tak bukan mesti Fawwaz yang kena tuduh.Haih .. dia suka amik surat kaba then bila dia abis baca baru lah orang lain nampak batang idung surat kaba tuh.. Kadang2 bila dia tak sorokkan pon, dia  jugak yang kena.. HAHA.. kesian pawahhh...

Walaupon kelas 5A ni kadang2 boring (jujur) sebab macam duk dalam library .. HAHA .. tapi dari 5A jugak la penulis dapat kenal dengan kawan2 yang baik.Kelas memang boring tapi the members are AWESOME ! K dah.. kalau nak imbau semua kenangan,setahun pon tak abes nak tulis.. kat bawah ni ada sedikit gambar kenangan ....






Untuk semua budak2 5A, harap korang tak lupa kenangan kita semasa di kelas ini.Last but not least, I hope all of us (korang -the readers too) will succeed in future, fi dunnia wal akhirat,,,,

RINDU KORANG !!!





Saturday 17 November 2012

Mustahil ke nak boikot?

Assalamualaikum W.B.T

Dengan isu serangan terhadap gaza yang semakin meruncing, tergerak di hati penulis untuk menyampaikan setitis kata melalui ruangan ini. Penulis melihat sahabat sahabat rancak berkongsi link dan gambar berkaitan serangan terhadap Gaza.Penulis turut melakukan itu. Alhamdulillah,mungkin secebis usaha itu mampu dijawab di akhirat kelak.

Namun, kadang kadang kita cuma rancak berperang di laman sosial sahaja. Sedangkan sudah bertahun tahun gesaan memboikot produk yang berkaitan dengan israel(huruf i dikecikkan sebb israel bukan nama negara) di negara kita giat dijalankan. Pastinya semua tahu bahawa duit yang kita laburkan diatas produk mereka digunakan untuk embunuh saudara kita sendiri.


Penulis faham agak sukar untuk kita nak boikot menda ni semua. Bahkan penulis sendiri sejak kecil minum milo dan makan maggi. Bahkan sejak kecil juga diri ini berasa excited jika dibawa makan Mc D. Tapi, penulis sendiri sekarang sedang mencuba untuk tidak mengisi perut dengan produk produk ini.Bukankah ini salah satu usaha kita untuk menjatuhkan israel?.



Penulis lebih tekankan memboikot produk makanan kerana apa yang kita makan menjadi darah daging kita.Adakah kita mahu darah daging kita diisi dengan pembunuhan oleh israel yang selalu kita kecam dan keji terhadap umat Islam di Palestin?. Lapar ke kita tanpa Mc D?tanpa Milo?tanpa kit kat?
Bukankah produk Malaysia juga mula meningkat naik. Sebagai contoh gantikan Mc D dengan burger bakar, gantikan Milo dengan Vico.Itu kalau memang kita tak boleh hidup tanpa menda ni la.

Oleh itu, penulis menyeru insan insan yang membaca, pakat renung renungkanlah. Banyak caranya untuk boikot boleh dijalankan salah satunya adalh support produk butan Malaysia itu sendiri. Support usahawan Malaysia dan jadikan produk produk buatan Malaysia sebagai satu kebiasaan buat generasi akan datang. Kita yang bakal mencorakkan masa hadapan.