Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Thursday 18 October 2012

Semoga cepat Sembuh, Sahabat

Assalamualaikum W.B.T

Dalam 2 hari lepas penulis menerima berita yang agak mengejutkan melalui laman grup Facebook.


Salah seorang sahabat batch SPM 09/10 Mrsm Besut saudara Fadhullah mengalami kecederaan semasa menghadiri program di Universiti Teknologi Petronas tempat beliau belajar. Tanpa tahu menahu secara detail mengenai bagaimana kejadian berlaku, penulis berharap mana mana insan tidak kiralah sesiapun yang membaca tulisan ini agar mendoakan beliau supaya cepat sembuhkerana beliau kini sedang menjalani pembedahan di bahagian di hospital. Semoga dipermudahkan.Amin


Bacaan Doa Ketika Mendengar Orang Tertimpa Musibah

Alhamdulillaahil lazii ‘aafani mimmabtalaaka bihi wa faddalanii ‘alaa kasiirin mimman khalaqnaa tafdiilan

Arti Doa Ketika Mendengar Orang Tertimpa Musibah

Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang engkau derita, dan yang telah memberikan berbagai kelebihan kepadaku atas kebanyakan makhluk ciptaan-Nya. (H.R. Tirmizi)”


Sama sama doakan keselamatan beliau.

Wednesday 3 October 2012

Salam antara BENUA

Assalamualaikum W.B.T

Tak tahulah samaada post ni sudah lapuk atau tidak tapi ambo yang merupakan penulis yang kononnya misteri dalam blog ni ingin mewakili sohabat sohabat yang lain  menucapkantahniah la buat member member yanng berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi, tak kiralah samaada yang bakal pergi, yang baru nak pergi ,yang telah pergi mahupun yang lambat lagi nak pergi, kita ucapkan selamat maju jaya lah kepada semua. Walaupun terpisah antara benua sekalipun, sohabat sohabat disini jangan dilupakan. Apa yang penting biarlah ukhwah terjalin jangan dibiarkan seperti POLYMER yang mempunyai sifat THERMOPLASTIC yang mudah dicairkan sebaliknya jadikanlah sifat THERMOSET sebagai pegangan keranan ia tidak mampu dicairkan dengan mudah.

Apepun, selamat mulakan hidup di perantauan dengan semangat baru, azam yang penuh iltizam buat sahabat perantau yang bertaburan di seluruh benua, (sabah sarawak pun oversea ok hehe), Kami disini sentiasa mendoakan kalian dan diharapkan kita tidak lupa mendoakan antara satu sama lain.

Tidak lupa juga sahabat sahabat disini sentiasa menjadikan anda sebagai sumber inspirasi, yang mana kami juga tidak akan mengalah mengejar anda semua.(persaingan sihat). Oleh itu, jangan sesekali mengalah bila berada di perantauan.SEMANGAT tu PENTING


Selamat Maju jaya. Semoga ukhwah terus terjalin.