Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Saturday 17 November 2012

Mustahil ke nak boikot?

Assalamualaikum W.B.T

Dengan isu serangan terhadap gaza yang semakin meruncing, tergerak di hati penulis untuk menyampaikan setitis kata melalui ruangan ini. Penulis melihat sahabat sahabat rancak berkongsi link dan gambar berkaitan serangan terhadap Gaza.Penulis turut melakukan itu. Alhamdulillah,mungkin secebis usaha itu mampu dijawab di akhirat kelak.

Namun, kadang kadang kita cuma rancak berperang di laman sosial sahaja. Sedangkan sudah bertahun tahun gesaan memboikot produk yang berkaitan dengan israel(huruf i dikecikkan sebb israel bukan nama negara) di negara kita giat dijalankan. Pastinya semua tahu bahawa duit yang kita laburkan diatas produk mereka digunakan untuk embunuh saudara kita sendiri.


Penulis faham agak sukar untuk kita nak boikot menda ni semua. Bahkan penulis sendiri sejak kecil minum milo dan makan maggi. Bahkan sejak kecil juga diri ini berasa excited jika dibawa makan Mc D. Tapi, penulis sendiri sekarang sedang mencuba untuk tidak mengisi perut dengan produk produk ini.Bukankah ini salah satu usaha kita untuk menjatuhkan israel?.



Penulis lebih tekankan memboikot produk makanan kerana apa yang kita makan menjadi darah daging kita.Adakah kita mahu darah daging kita diisi dengan pembunuhan oleh israel yang selalu kita kecam dan keji terhadap umat Islam di Palestin?. Lapar ke kita tanpa Mc D?tanpa Milo?tanpa kit kat?
Bukankah produk Malaysia juga mula meningkat naik. Sebagai contoh gantikan Mc D dengan burger bakar, gantikan Milo dengan Vico.Itu kalau memang kita tak boleh hidup tanpa menda ni la.

Oleh itu, penulis menyeru insan insan yang membaca, pakat renung renungkanlah. Banyak caranya untuk boikot boleh dijalankan salah satunya adalh support produk butan Malaysia itu sendiri. Support usahawan Malaysia dan jadikan produk produk buatan Malaysia sebagai satu kebiasaan buat generasi akan datang. Kita yang bakal mencorakkan masa hadapan.


No comments:

Post a Comment