Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Thursday 22 November 2012

5 Al-batani

*salam*
Entry kali ini bukanlah mengenai isu semasa atau pon isu masa hadapan.Tetapi ia lebih kepada isu zaman dahulu kala , dalam erti kata lain, kenangan di zaman persekolahan.Entry ini di tulis kerana pada saat dan ketika ini saya sangat merindui rakan2 sekelas.Dan entry ini juga di tujukan khas buat budak2 kelas 5 Al-Batani.HEHE....


5 Al-batani pada zaman dahulu kala...(2010).

Kelas 5 al-batani nie dulunya ada seramai... erm lupa pulak berapa orang student. Jap, nak kira..

Group Farah :
Haiki,Aidah,Syahiran,Zetty 

Group Najib :


Mc.Posh, Mirul ,Ayub , Emy 


Group Zahid :

Fawwaz,Era,Ned,Shafiq


Group Shafira:

Atiq,Diyana,Fatin,Dibah,Syiro



Group Izyunee :
Pipah,Nazira , Fasya 

so. total 25 , betul ke ? HAHA, kalau ada nama sape2 yg tak tertulis, mohon beritahu ye. Al-maklum la penulis bukannya makin muda.

Time sekolah dulu , budak2 kelas lain semua pakat dok kata kelas 5A ni library . Pasai apa tu ?
Kalau hangpa lalu kelas ni, senyap je...takdak eh kecoh2 bising2 , kita semua budak baik. Kalau bising pon takdak orang lain dah, Mc Posh dengan syirol lah duk pungpang pungpang buat drama. Tapi bile dorang buat drama, satu kelas gelak, lawak gile kot.Dorang je lah yang jadi penyeri kelas. Yang lain kalo tak study , senyap sebab tidur la. Aku salah seorang yang paling kuat tidur. Zzz...

Ada lagi orang kata kelas kami ni macam gua sebab gelap. Memang la sebab kelas kami terlindung dengan dinding kelas depan.Tu jugak faktor yang menyebabkan kami senang mengantuk. *padahal mmg selalu tido pon* 

Yang sampai hari ni saya ingat pasal kelas 5A ni ialah suara ketua darjah kami. Mak oiiii kuat macam pakai maikropong pon ada.. semua yang mamai lepas bangun tido terus terkejut jadi segar serta merta bila dengar dia bagi salam kat cekgu. Budak 5A tau la sape dia kan.. HAHA...

Tragedi yang saya tak lupa jugak bila surat khabar untuk kelas 5A selalu hilang. Tak lain tak bukan mesti Fawwaz yang kena tuduh.Haih .. dia suka amik surat kaba then bila dia abis baca baru lah orang lain nampak batang idung surat kaba tuh.. Kadang2 bila dia tak sorokkan pon, dia  jugak yang kena.. HAHA.. kesian pawahhh...

Walaupon kelas 5A ni kadang2 boring (jujur) sebab macam duk dalam library .. HAHA .. tapi dari 5A jugak la penulis dapat kenal dengan kawan2 yang baik.Kelas memang boring tapi the members are AWESOME ! K dah.. kalau nak imbau semua kenangan,setahun pon tak abes nak tulis.. kat bawah ni ada sedikit gambar kenangan ....






Untuk semua budak2 5A, harap korang tak lupa kenangan kita semasa di kelas ini.Last but not least, I hope all of us (korang -the readers too) will succeed in future, fi dunnia wal akhirat,,,,

RINDU KORANG !!!





Saturday 17 November 2012

Mustahil ke nak boikot?

Assalamualaikum W.B.T

Dengan isu serangan terhadap gaza yang semakin meruncing, tergerak di hati penulis untuk menyampaikan setitis kata melalui ruangan ini. Penulis melihat sahabat sahabat rancak berkongsi link dan gambar berkaitan serangan terhadap Gaza.Penulis turut melakukan itu. Alhamdulillah,mungkin secebis usaha itu mampu dijawab di akhirat kelak.

Namun, kadang kadang kita cuma rancak berperang di laman sosial sahaja. Sedangkan sudah bertahun tahun gesaan memboikot produk yang berkaitan dengan israel(huruf i dikecikkan sebb israel bukan nama negara) di negara kita giat dijalankan. Pastinya semua tahu bahawa duit yang kita laburkan diatas produk mereka digunakan untuk embunuh saudara kita sendiri.


Penulis faham agak sukar untuk kita nak boikot menda ni semua. Bahkan penulis sendiri sejak kecil minum milo dan makan maggi. Bahkan sejak kecil juga diri ini berasa excited jika dibawa makan Mc D. Tapi, penulis sendiri sekarang sedang mencuba untuk tidak mengisi perut dengan produk produk ini.Bukankah ini salah satu usaha kita untuk menjatuhkan israel?.



Penulis lebih tekankan memboikot produk makanan kerana apa yang kita makan menjadi darah daging kita.Adakah kita mahu darah daging kita diisi dengan pembunuhan oleh israel yang selalu kita kecam dan keji terhadap umat Islam di Palestin?. Lapar ke kita tanpa Mc D?tanpa Milo?tanpa kit kat?
Bukankah produk Malaysia juga mula meningkat naik. Sebagai contoh gantikan Mc D dengan burger bakar, gantikan Milo dengan Vico.Itu kalau memang kita tak boleh hidup tanpa menda ni la.

Oleh itu, penulis menyeru insan insan yang membaca, pakat renung renungkanlah. Banyak caranya untuk boikot boleh dijalankan salah satunya adalh support produk butan Malaysia itu sendiri. Support usahawan Malaysia dan jadikan produk produk buatan Malaysia sebagai satu kebiasaan buat generasi akan datang. Kita yang bakal mencorakkan masa hadapan.


Thursday 18 October 2012

Semoga cepat Sembuh, Sahabat

Assalamualaikum W.B.T

Dalam 2 hari lepas penulis menerima berita yang agak mengejutkan melalui laman grup Facebook.


Salah seorang sahabat batch SPM 09/10 Mrsm Besut saudara Fadhullah mengalami kecederaan semasa menghadiri program di Universiti Teknologi Petronas tempat beliau belajar. Tanpa tahu menahu secara detail mengenai bagaimana kejadian berlaku, penulis berharap mana mana insan tidak kiralah sesiapun yang membaca tulisan ini agar mendoakan beliau supaya cepat sembuhkerana beliau kini sedang menjalani pembedahan di bahagian di hospital. Semoga dipermudahkan.Amin


Bacaan Doa Ketika Mendengar Orang Tertimpa Musibah

Alhamdulillaahil lazii ‘aafani mimmabtalaaka bihi wa faddalanii ‘alaa kasiirin mimman khalaqnaa tafdiilan

Arti Doa Ketika Mendengar Orang Tertimpa Musibah

Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang engkau derita, dan yang telah memberikan berbagai kelebihan kepadaku atas kebanyakan makhluk ciptaan-Nya. (H.R. Tirmizi)”


Sama sama doakan keselamatan beliau.

Wednesday 3 October 2012

Salam antara BENUA

Assalamualaikum W.B.T

Tak tahulah samaada post ni sudah lapuk atau tidak tapi ambo yang merupakan penulis yang kononnya misteri dalam blog ni ingin mewakili sohabat sohabat yang lain  menucapkantahniah la buat member member yanng berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi, tak kiralah samaada yang bakal pergi, yang baru nak pergi ,yang telah pergi mahupun yang lambat lagi nak pergi, kita ucapkan selamat maju jaya lah kepada semua. Walaupun terpisah antara benua sekalipun, sohabat sohabat disini jangan dilupakan. Apa yang penting biarlah ukhwah terjalin jangan dibiarkan seperti POLYMER yang mempunyai sifat THERMOPLASTIC yang mudah dicairkan sebaliknya jadikanlah sifat THERMOSET sebagai pegangan keranan ia tidak mampu dicairkan dengan mudah.

Apepun, selamat mulakan hidup di perantauan dengan semangat baru, azam yang penuh iltizam buat sahabat perantau yang bertaburan di seluruh benua, (sabah sarawak pun oversea ok hehe), Kami disini sentiasa mendoakan kalian dan diharapkan kita tidak lupa mendoakan antara satu sama lain.

Tidak lupa juga sahabat sahabat disini sentiasa menjadikan anda sebagai sumber inspirasi, yang mana kami juga tidak akan mengalah mengejar anda semua.(persaingan sihat). Oleh itu, jangan sesekali mengalah bila berada di perantauan.SEMANGAT tu PENTING


Selamat Maju jaya. Semoga ukhwah terus terjalin.


Tuesday 11 September 2012

Asrama Oh Asrama

Salam Ukhwah..

Time masuk degree ni ramai la yang duk update gambar kediaman di Universiti masing masing. So, dengan excitednya aku cuba untuk menge"post" gambar asrama kediaman yang sedang aku duduki kini. Bila berpaling je ke arah kediaman aku..

"Krik, krik"

Maksudnya agak tidak sesuai untuk aku postkan di FB. Nop wat guane, asrama biasa2 je nak dibandingkan asrama kawan kawan yang agak ... (kate org KL..perghhh) Lawa tu ade cuma tidaklah mewah.Bersyukur dengan apa yang ada. So aku tanya la sohabat sohabat yang menuntut nun jauh disana. Lagi prah bile mendapat tahu asrama diorang lagi lah sempit plus double decker.

Double Decker?? biar btoi. Disitu aku rasa bersyukur doh. Ok la, maknenya menrima apa yang ada.
Memetik kata kata member aku yang sedang belajar di Utara nuh..

"Takdop hal la asrama gini pun, ingat zaman sekolah parah lagi , nak gunakan tandas pun kena angkut pintu"

Ye tak ye jugak, zaman sekolah dulu tak la selesa macam zaman sekolah sekarang. Bilik air First Class, katil baru semuanya. Maknenya apa yang kita dapat sekarang ni jauh lebih selesa dari dulu. Jadi, bersyukur la dengan apa yang diperolehi. Panduan bersyukur pula adalah jangan kita tengok orang yang lebih dari kita tapi tengok orang yang kurang daripada kita maka disitulah kita akan mula bersyukur.

Sekian,selamat berjuang menuntut ilmu buat sohabat sohabat sekalian.

Thursday 2 August 2012

Nakal~

 Terlalu banyak sangat perasaan time kita sekolah. Sekarang aku akui yang aku merindui zaman persekolahan aku.Sebab sekarang, dimana pon kita, matrik, Universiti or tingkatan 6 ,kita dah tak dapat peluang untuk melalui proses seperti zaman persekolahan dulu.. BENCI,MENYAMPAH. Itulah perasaan aku dulu terhadap MRSM BESUT. .Korang sendiri akan mengakui yang sekolah ni buruk,tak canggih cam mrsm laen, kena duduk dalam dorm.kemudahan yang sedikit dan macam-macam lagi komen negatif.
Tambahan dengan diri aku yang dicampakkan ke dorm "neraka jahanam" aka MERCY. Perit giler rasa nak melalui hari demi hari di dorm mercy tuh, Masa tuh aku form 4.darah masih muda,tengah mengelegak, apa yang aku buat semua aku rasa betul sampaikan aku terlupa pada tujuan aku masuk ke sini.Pointer aku. .pergh...x payah cakap lar, tak sampai 3 pon. Kenapa? ni sebab salah aku sendiri yang merasakan form4 ni zaman untuk bersuka ria. Orang laen pergi prep,pergi surau,aku sorok dalam dorm. .orang lain pergi belajar,aku dok syok rehat dalm bilik sakit, orang laen sibok dok belajar,aku sibok nak melawan cikgu. Sebagai balasanyer, MERCY la tempat yang dihuni aku sepanjang aku form4. Malu? memang malu bila dilabel budak mercy yang nakal.Bila lalu jer ,akan terdengar sok sek. . .segala macam kata negatif. .Banyak "kelebihan" yang aku dapat lalui sebagai budak mercy.


Aku dapat rasa apa yang korang tak rasa.Kitaorang selalu ada spotcek mengejut. tak dibenarkan buat ape2 pon, aku ingat malam tuh,aku sempat amek selimut jer, nak selimutkan diri aku, kena berdiri atas jalan tar yang berada dia antara blok lelaki dan perempuan pukul 3 pagi ! Pagi tu juga kepala kitaorang dipukul dan dihentak dengan buku berkulit keras,lebih kurang cam kamus dewan tanpa sebarang alasan munasabah dari cikgu anuar. .Katanya,kami telah mengusik anak cikgu Samhon kat dewan makan. setahu aku budak tu yang sengaja menjatuhkan diri dia sendiri sebab nak main2 ngan kitaorang,keadaan tu dilihat oleh kak suria dan dia cam marah-marah. .Entahlar,aku tak tahu sejauh mana kebenciaan korang terhadap budak mercy nie. .Tak cukup dengan tue, pelbagai lagi yang dapat kami rasa. .Bola tenis,rotan,buku tebal,alas Al-Quran,macam-macam lagi. .Sampai satu tahap aku tak tahan bila adik form 2 dihentak-hentak guan bola tenis kat belakang badan dia oleh cikgu nuar sampai adik tuh tak dapat bergerak dan hanya mampu terbaring .belakang badan dia lebam-lebam, meskipun aku tak sebulu dengan adik ni, aku tak sanggup lagi tengok yang lain jadi mangsa.Aku pergi jumpa timbalan pengetua sendiri,Puan Hani, aku ceritakan semuanyer dari A sampai Z , aku dah tak malu nak nanges depan dia. .Dia sendiri terkejut dengan semua ni.dia tak bagi kebenaran pada warden untuk buat kami macam ni.walaupun kami ni nakal. .bukan macam ni cara nak ajar. .Aku tak tahu apa tindakan puan Hani tapi yang aku perasan cikgu Nuar dah tak pukul-pukul kitaorang sekejap. .Satu hari tuh, kehadiran ke surau diperiksa, semua ahli dorm mercy tak pergi subuh.kena la buat line panjang tengah-tengah surau tuh,Dorm kitaorang menjadi dorm pertama yang kena hukuman. .Yang lebih teruk,bukan setakat rotan, tapi tudung pon ditarik dikhayalak ramai kslau tertangkap tak pakai anak tudung. untung aku dapat idea waktu tuh, aku capai telekung ,bila disoal aku cakap aku dah bukaklar nak solat. .Tapi ramai jugak yang kena cabut tudung oleh cikgu Malek waktu tuh,untunglar ada seorang hamba Allah ni yang sempat merakam adegan tuh.kalau ikutkan hati panas,aku nak jer buat laporan polis berserta dengan bukti yang ada. Selaind ari tuh, pada satu hari,kepalah aku kena ketuk guna reha(alas Al-Quran) sampai patah benda tuh,aku secara automatic tesumpah cikgu Nuar dengan kata-kata kesat,cikgu Nuar yang dilahirkan dengan lintah ditelinganya terdengar, dia suruh aku keluar sebelum lebih teruk aku kena.  Sempat g aku memaki tyme tuh. .Tapi, bila aku buat semua tuhh,aku pikir ngan rasional, semuanya berpunca dari salah aku sendiri,sape suruh aku tak pergi subuh,sape suruh aku nakal? Akhirnye aku maek keputusan nak mintak maaf dari cikgu-cikgu,Orang pertama kau mintak maaf ialah Cikgu Nuar.  Bila aku mintak maaf,dia cakap cmnie "kemaafan saya terletak pada perubahan diri kamu". So, sejak dari tuh, habes form 4 aku nekad nak berubah, form 5 aku keluar dari dorm tuh, aku belajar betul-betul,aku berjaya capai pointer lebih dari 3.  tapi tu tak cukup nak backup aku time degree, akibatnyer aku graduate nom 60 lebih. .
Kawan-kawan,aku bukan nak menceritakan keburukan sesiapa atau kebodohan sesiapa, Aku nak kalian amek iktibar dari pengalaman ku, jangan bila dah terlepas baru nak menyesal. ingat,terlajak komen di Fb boleh delete,terlajak perbuatan, sendiri tanggung ler. .
Assalamualaikum ~~

Sunday 29 July 2012

Pesanan Miss N

Assalamualaikum :)

Mula2 sekali saye nak gtau yang saye ni orang orang biase je. Disebabkan saye ni takde official blog dan lame tak tengok rakan rakan update jadi izinkan saye conteng disini la ye sebagai perkongsian buat sahabat sekalian. Bukan nak gedik tapi saye nak bahasekan diri saye sebagai Miss N .Barulah misteri sikit.

Dugaan persekolahan.
Mulanya Miss N pandang sebelah mate je.Rase maacam kehidupan di maktab dulu xde la penting sangat.Maklumlah, Miss N bukanlah terdiri daripada orang yang femes macam kengkawan yang lain. Disebalik tidak femes, Miss N tetap pernah melakukan pade guru guru. Miss N ingat lagi sorang cikgu yang smpai sekarang masih takut untuk Miss N tegur. Rasenya memang salah Miss N pun kurang ajar pada cikgu.

Miss N biasenya dulu depan cikgu kononya baik tapi belakang cikgu rasenya mengate takla sangat tapi ade la jugak dendam tu . Biasalah remaja memang azalinya suka menentang. Miss N menyimpan dendam sehingga akhir persekolahan. Soal kenape? eloklah dirahsiakan.

Namun, setelah 2 tahun rasenya Miss N sedar banyak sangat kesalahan yang Miss N timbulkan pada cikgu cikgu dulu. Seandainya masa boleh diputarkan rasenya ingin sekali untuk menebus kesalahan lampau. Jadi Miss N harap sangatlah kawan kawan sekalian sentiasa menjaga silaturahim dengan guru guru sekalian . Setidak tidaknya ini pesanan ikhlas buat Miss N yang bukan sesiapa dan jugk kawan kawan sekalian.

Selamat beribadah :)

Friday 13 July 2012

Program bersama form 4 SPM 2013

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya selesai sudah program bersama form 4 pada hari ini, 13/07/2012 bertempat di surau MRSM Besut. Program berlangsung pada 10 pagi hingga 5 petang.

Tonton video di bawah untuk sama-sama kita kongsi rasa suka dan duka.



p/s : terima kasih kepada kawan-kawan yang menjayakan program ini.

Sekian :)


Monday 2 July 2012

Program Motivasi Batch SPM 2012

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah pada tarikh 28/29 Jun yang lalu wakil dari batch SPM 2010 telah mengadakan Program serba ringkas berkongsi pengalaman bersama adik adik junior MRSM BESUT yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Pada awalnya program ini hanyalah dikelolai oleh sahabat sahabat dari UPNM tetapi mungkin masa yang diberikan 2 jam agak lama bagi kami yang masih amatur .Oleh itu, kami menjemput sahabat kami yang belajar di Rusia iaitu Wan Munirah untuk turut berkongsi pengalaman belajar disana.Sama sama saksikan sorotan kali ini.

1)DEMONG BEACH RESORT

 Mereka yang terlibat :Buzar, Muni, Taqim, Mat Jey, Peli (semua nama manja ni hehe)

 

Sebelum program: Bersiar siar di pantai(skema ayat)














Peli dan Buzar kelihatan gembira bermain air (totally ayat bm)

                                               






Sori ye Taqim..

Ceramah Peli ke???????
 hehe.
                                                                   
                                                 

Bersama Sir Fadhli dan anaknye yang pemalu...................
               

Kak Munirah sedang berkongsi pengalaman.Kak Muni ramai peminat dari kalangan adik2 ( ye ke?)

 Bersama sama junior MRSM BESUT BATCH SPM 2012 di Demong Beach Resort


2) DEWAN KULIAH MRSM BESUT












                     


    Abe li hensem..............

Kali  ni kita ada pertambahan motivator seorang sahaja org sahaja iaitu abe helmi UMP kito...


                   Bersama adik adik junior MRSM BESUT gambar free style haha

Gambar gambar lain melalui VIDEO boleh lihat DI SINI

Apepun setinggi tinggi penghargaan buat guru yang sudi menerima kedatangan kami ke Maktab. Terima kasih kerana menyediakan keperluan yang kami kira melebihi dari apa yang mencukupi..semoga ukhwah antara bekas pelajar dan guru guru sentiasa tererat.......


Sekian..



Sunday 24 June 2012

Ambik sijil bagi yang tak ambik lagi...


Assalamualaikum W.B.T


Hari ni penulis tanpa nama kembali lagi dengan informasi mengenai pengambilan sijil SPM..Oleh kerana sijil SPM itu tersangat penting dan bukannya disimpan di maktab sebagai pusaka, jadi member member sekalian boleh menuntut sijil SPM di maktab bila2 masa sahaja

Peringatan:
Jangan datang pukul 1 .. waktu rehat dan tidak akan dilayan

 kehadiran ke maktab untuk mngambil sijil:
Faiq dengan mail 19 jun (tak terambil pun sebb pukul 1 baru nak pergi pejabat)

 Latest kehadiran:
Peli dengan Cerah
(tak terambil jugk sebab pukul 1 baru sampai pejabat) haha

Penulis tidak ke maktab pun, cuma mendengar cerita daripada Peli dgn Cerah yang mengajak berjumpa di JERTEH. (tuan rumah la katakan)


                            Bekeng muko peli
Ni di Maybank Jerteh......



Kesimpulannya, nak ambil sijil sila datang sebelum pukul 1.. peringatan ini kecil dan semua orang sudah tahu tapi jika terlupa ia memberi impak yang besar dalam perjalanan anda (over ayat tuh) :)

p/s: Teacher Wan berkata "asyraf makin gemuk, peli makin kurus" haha


Monday 21 May 2012

Nostalgia Trip Ke 2...


Assalamualaikum W.B.T...
Hari ini penulis tanpa nama kembali lagi bersama sorotan memori lawatan ke MRSM BESUT pada tanggal 20 Mei 2012.Walaupun bingkisan tulisan penulis ini tidak mampu untuk menjentik kotak hati para pembaca namun diharapkan anda sudi membaca tulisan demi tulisan dari insan yang serba biasa ini.

Pada awalnya penulis agak keberatan untuk turut sama dalam lawatan 20 Mei kerana penulis telah turut serta pada tarikh 10 mei sebelum ini namun oleh kerana penulis tinggal di tempat yang “jauh” yang memrlukan masa 2 jam untuk ke maktab(jika berjalan) maka penulis turut serta.Penulis (driver) bergerak bersama syilah.Cah,dgn Arie.

Sesampainya di Maktab penulis agak terkejut kerana ramai yang sudah sampai menunggu di pondok di Villa A (Semuanya kaum wanita). Dan selepas itu, penulis mndapat makluman bahawa sahabat sahabat lelaki sudah berkumpul di Kedai Nasi Kukus.
Tanpa perlu mendengar coleteh dari penulis, ayuh saksikan gambar sebagai sorotan nostalgia kali inI

Cerah menujukkan tempat dyo dulu

Kenangan cerah dgn Blackhole



 
Sori,ambo bukan Hafiz akedemi Fantasia




Junior or Senior(confuse) haha cuma bergurau
                                                    
 
                                                             Cikgu Sha and the girls


                                             Ok, driver baru...sapa nk tumpang buleh la contact


                                                     Sibuk duk cari sijil SPM ni



                                               Nak masuk kena ada kad pelawat dulu



                                           Beratur deh blako nak ambik sijil pom


                                                    Techer Murshida berdedikasi seperti biasa


                                                  Cikgu sufian. senyuman menawan

                                     Zahid, jgn wat tak bersalah gak dgn backround blakang tuh

                                                          Kumpul nak bkomplot gapo ni haaha

                                                           Mentor mantee yang tdk terpisah????

                                                  Naik JET SKI dari KT dua org ni...
S.s dgn Bellla

Akhirnya berjumpa jgk abe Haiki kito...

 Ustaz Haris, hensem seperrti selalu

Helmi, paih ,cerah cah

Duk tengok Ben 10 blako...

Ok... ini bukan junior .. harap maklum(jgn marah) haha

                                                   Paih, shahmi,zul,helmi,haiki,kerul,cerah

Ada dan teacher nona

Teacher noreha
Cah and siblings mendengar nasihat daripada ustazah 

Dayu semangat ngangkat hadiah tu

Teacher wan: Asyraf makin gemuk! haha

Kepada yang tiada dalam gambar, jangan terasa diabaikan kerana penulis hanya meletakkan gambar yang ada pada kamera penulis sahaja bahkan gambar penulis sendiri pun rasenya tidak berapa wujud.Mungkin kerana semaking matang, penulis menjadi seorang pemalu untuk bergambar (NAMPAK SANGAT MENIPU J haha)  .Namun semua itu tidak penting kerana memori sebenar bukan hanya tersimpan dalam sekeping gambar kerana memori terindah itu lahir daripada sebuah kenangan pertemuan.

Disini penulis sebagai wakil insan yang mengajak(penulis hanyalah insan yg diajak) melahirkan ucapan terima kasih kerana sama sama menjayakan lawatan kali ini.

Kepada yang tidak berpeluang untuk hadir, harap jangan segan untuk ke maktab kerana Cikgu cikgu sentiasa gembira menyambut kedatangan pelajar mereka. Semoga ilmu yang dicurahkan para guru kepada kami sekalian sentiasa diberkati Allah S.W.T.Amin...

Video ke YOUTUBE
http://www.youtube.com/watch?v=qhKKjCQ09Us&feature=youtu.be

P/s:Presiden Batch (Wan Ismail Bin Wan Sulaiman) kirim salam blako....