Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Tuesday 11 September 2012

Asrama Oh Asrama

Salam Ukhwah..

Time masuk degree ni ramai la yang duk update gambar kediaman di Universiti masing masing. So, dengan excitednya aku cuba untuk menge"post" gambar asrama kediaman yang sedang aku duduki kini. Bila berpaling je ke arah kediaman aku..

"Krik, krik"

Maksudnya agak tidak sesuai untuk aku postkan di FB. Nop wat guane, asrama biasa2 je nak dibandingkan asrama kawan kawan yang agak ... (kate org KL..perghhh) Lawa tu ade cuma tidaklah mewah.Bersyukur dengan apa yang ada. So aku tanya la sohabat sohabat yang menuntut nun jauh disana. Lagi prah bile mendapat tahu asrama diorang lagi lah sempit plus double decker.

Double Decker?? biar btoi. Disitu aku rasa bersyukur doh. Ok la, maknenya menrima apa yang ada.
Memetik kata kata member aku yang sedang belajar di Utara nuh..

"Takdop hal la asrama gini pun, ingat zaman sekolah parah lagi , nak gunakan tandas pun kena angkut pintu"

Ye tak ye jugak, zaman sekolah dulu tak la selesa macam zaman sekolah sekarang. Bilik air First Class, katil baru semuanya. Maknenya apa yang kita dapat sekarang ni jauh lebih selesa dari dulu. Jadi, bersyukur la dengan apa yang diperolehi. Panduan bersyukur pula adalah jangan kita tengok orang yang lebih dari kita tapi tengok orang yang kurang daripada kita maka disitulah kita akan mula bersyukur.

Sekian,selamat berjuang menuntut ilmu buat sohabat sohabat sekalian.