Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Saturday 14 April 2012

10 Wasafat Tarbiyah



1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)

- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"

- seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah

- seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )

- seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini

- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya

- seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;



- seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak

- dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam

5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)

- seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat

- sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir

- seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )

- Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.

7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )

- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.

-perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu


8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )

- seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )

- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka

10. Bermamfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )

- Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala

- amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.

- ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.



Friday 13 April 2012

 Salam ukhwah untuk semua. semoga semua berada dalam keadaan hati yang terbuka untuk membaca dan menerima. Sebenarnya, aku sangat rindukan semua orang dengan pakaian seragam maktab, dengan kelas yang buruk serta terdapat kerusi-kerusi plastik didalamnya. Aku sangat rindukan masa yang aku guna untuk study group dengan semua. Walaupun maktab kita tak femes pun, malah orang tak tau pun di besut ada dua mrsm yang namanya lain-lain, tapi hanya yang mengalami dan merasai betapa indahnya ukhwah itu sahaja yang akan meletakkan maktab kita sebagai carta teratas dalam semua jenis mrsm yang ada dalam dunia nih.
  Aku masih ingat mulut ni seperti bertih jagung bertikam lidah dengan semua orang. [credit to ihe]. Aku pun masih ingat bagaimana sedihnya semua bila serta merta 12 orang [kalo x silap] kena buang/gantung maktab, aku pun dah lupa. Tapi masa tu, kita semua tak ubah macam adik-adik yang seperti akan kehilangan abang-abangnya. Kita tak malu untuk menangis depan semua orang. Sejarah paling menakjubkan dalam dunia persekolahan di alam remaja. Sedih sangat masa tu. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kelas kita sunyi sepi. Suara-suara yang selalu kedengaran pun seperti sudah letih untuk bersuara mengeluarkan rasa ketidakpuasan hati kerna sahabat-sahabat diperlakukan begitu. Cikgu-cikgu hampir hilang akal untuk bersoal jawab. Cikgu-cikgu seperti mati akal untuk menyusun langkah dalam melakukan hukuman.
 Sememangnya itulah sunnatullah. ckgu juga manusia. Yang punya nafsu amarah dengan takat didih yang hanya Allah saja yang tahu. Bukan niat untuk mengungkit kisah lama dan seterusnya mengheret jiwa2 kamu untuk kembali membenci cikgu. Tapi niat hati hanyalah untuk mengajak semua berfikir sejenak menggunakan 100% akal tanpa secalit nafsu dan suara yang memukau dari si penghasut setia yakni syaitan. Istighfarlah sejenak jika ada rasa marah walau secalit sekali pun tika membaca ayat2 ini.

Aku pernah disuruh meniarap dengan rotan bertubi-tubi dibelakang. Rotan sebesar dua batang jari tu, sekarang pun seolah-olah sedang singgah atas belakang. Jika orang-orang tua melihat ini pasti sedih kerna kemungkinan otakku bakal benak. Aku pernah disuruh masuk ke dalam air cuci pinggan kerna keingkaranku. Salah siapa? Salah aku. kerna aku tak berfikir dulu sebelum berkata-kata. Aku pernah dijerkah HEA. Beliau menjerit dengan kuat mengatakan aku anak yang derhaka pada ayah aku sambil disaksikan guru-guru lain dan junior-junior yang lalu lalang. Sedangkan akulah anak yang ketika cutinya dihabiskan sepenuh masa menguruskan rumah dan menemani ayah tika arwah ada masalah dan memerlukan si pendengar. Akulah pendengar yang setia. Tapi HEA tak tahu. cikgu-cikgu lain tak tahu. Salah siapa? Salah aku, kerna aku tak pernah memberi kesempatan dan peluang untuk mereka mengenali aku. Aku tak suka berkongsi hal keluarga dengan cikgu. Salah aku.
Aku pernah dimalukan depan pelajar perempuan yang ramai oleh ustaz kamal. Sehinggakan aku mengambil keputusan untuk membenci beliau. Betapa aku sangat benci padanya, sampaikan aku tak sanggup untuk mendengar suaranya di corong2 speaker, apatah lagi memandang mukanya. Aku tak sanggup, aku benci.

Tapi disebalik sifat pembenci dan pemarah itu.. Allah bagi manusia satu sifat yang manusia selalu tersalah guna. Bukan selalu, malah hampir 100% salah guna. Iaitu sifat PELUPA. sedarkah kita, kita selalu lupa akan kebaikan tapi senang untuk ingat kebencian dan dendam? Cuba renung diri masing2. Cuba tanya diri kita, atau cuba listkan antara benda baik dan benda buruk yang kita ingat, yang mana lebih berjela-jela listnya? belum tulis pun kita dah tau. kan? Memaafkan orang itu MULIA wahai sahabat.  Malah lagi mulia kalau orang itu ialah cikgu kita. Memang dia tak pernah mengajar kita mana-mana subjek, tapi tanpa mereka sedar, mereka dah pun ajar kita bagaimana untuk kuat. Bagaimana jika ditakdirkan suatu hari nanti kita menghadapi orang yang lagi menyampah tahap infinti lagi berbanding menghadapi mereka.

Allah telah hadirkan mereka untuk menghisab kita didunia ini. Dalam ramai-ramai kita yang dihukum dulu, siapa berani berkata dengan yakin bahawa dia tak pernah tinggal solat? Dalam ramai-ramai antara kita siapa berani menjawab dengan berani bahawa dia tak pernah kapel? Siapa antara kalian yang boleh menjawab dengan megahnya bahawa kalian tak pernah membantah walaupun dengan sekali 'AH!' kat ibu bapa? SIAPA? takda kan?

Fikir dalam2 wahai sahabat. Memaafkan orang itu mulia. Dan semua hukuman yang kamu terima pada waktu itu bukan hukuman kerna kamu memukul orang, bukan hukuman kerna kamu menyimpan video pukul orang, bukan kerna kamu pun termasuk sama dalm video tersebut, TAPI, disebabkan DOSA kamu yang lain. Think of it. I'm begging. Tika ini, aku bukan mengajak kamu untuk bersedih atau bersakit hati, tapi aku nak ajak kalian sucikan hati masing2. Bukan kerna hari guru. Bukan juga sebab nak reunion di maktab. Tapi sebab dosa itu akan kita bawa sampai akhirat. Dan tercatat dibuku amalan kita. Tika itu juga, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bagaimana untuk lepas dari neraka. Tak siapa boleh tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri sekarang.

Bagaiman jika timbangan kita pada mulanya seimbang, baik dan jahat kita sama banyak..Tapi malangnya, disebabkan dosa 'kecil' kita tidak memaafkan itu menjadikan timbangan kita SEDIKIT berat ke neraka. Masa tu..apa pun tak dapat tolong.Akhir kata, sama-sama kita tutup buku lama, bukak buku baru. JOM balik MAKTAB =)
 "Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, [yaitu] orang yang berinfak, baik di waktu sempit atau lapang, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan [kesalahan] orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan"
Ali Imran:133-134

Wednesday 11 April 2012

PESANAN SEORANG PENDIDIK

" kasih IBU membawa ke SYURGA,

kasih Guru berguna sampai bila-bila. "

Ingatlah Sahabatku

 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



 daripada CIKGU SHAHANEEM

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”



Riwayat al-Bazzar


 daripada TEACHER NOOR NASRIYAH


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".



Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

insyaALLAH semua nasihat akan diamalkan. . .



 


JOM SHARE



Kepada AHLI GENG SEP KITO JAH

.
.
.
.
yang ada blog


jom share2 blog anda 
bersama ahli group lain
di ruangan
KOMEN
.
.
.
dan FOLLOW 
blog ni


mane tahu nanti korang ada info2 berguna dapat dikongsi
:-)
jangan kedekut ilmu ;-p

teringat plak satu hadis ni

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
 
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)



Zombie Apocalypse

Persediaan untuk serangan zombie


1. Tutup pintu & tingkap supaya cahaya tidak keluar dr rumah anda dan menarik perhatian Zombie.

2. Kunci pintu dgn padlock terkuat.


3. Pastikan bumbung rumah anda hanya boleh di akses oleh anda sahaja.

4. Apabila zombie menyerang, pastikan anda tidak di kepong. cari tempat tinggi.

5. Double tap. jgn kedekut dgn peluru anda, atau serangan anda. pastikan otaknya hancoq.

6. Pastikan kumpulan survivor anda tidak melebihi 10 orang.

Tuesday 10 April 2012

Salam Ukhwah



Assalamualaikum W.B.T

 Segala puji dan puja selayaknya hanya untuk Allah,pencipta sekalian alam, pengutus para nabi dan rasul,yang telah menurunkan Al Quran sebagai panduan ,hidayah dan petunjuk kearah kebenaran.


Alhamdulillah, blog SEP KITO JAH ini akhirnya berjaya diwujudkan bagi warga batch SPM 2010. Selain mengeratkan hubungan silaturahim menjadi fokus utama, blog ini turut diwjudkan atas beberapa dasar antaranya :


Para penulis boleh berkongsi pengalaman kepada sahabat sahabat yang lain sbagai pencetus semanagat kepada mereka


Menyampaikan iformasi mengenai program yang ingin diadakan seperti mini reunion, lawataan kesekolah dan lain lain event.


Berkongsi artikel artikel ilmiah yang dirasakan terlalu panjang untuk post di facebook.


Oleh itu, Buat semua sahabat sahabat yang dikasihi sekalian , anda digalakkan menulis di blog SEP KITO JAH ini. Anda boleh menggunakan nama pena mahupun nama sebenar di akhir penulisan anda. Seandainya anda tidak mahu meletakkan nama sekalipun ia turut tidak menjadi masalah.

Kerjasama rakan2 sekalian amat diharapkan..


Sekian...

PANORAMA MRSM BESUT


pintu pagar depan pejabat..

 dewan kuliah "DK"






~~PSP~~
 
DSG,,Dewan Sri Gemilang




PETANQUE COURT
Padang Hoki

Pejabat MRSM BESUT




Padang Rugbi





taman kot..hehhehe

court bola tampar + car park+ tempat rollcall











area kedai ice blend n tempat budak2 kena rotan time lambat datang,,hahahha

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT HARI GURU-aktiviti group

Untuk makluman semua ahli kelab SEP KITO JAH
sempena HARI GURU 2012 
kita akan adakan satu program yang melibatkan semua ahli group yang berkelapangan..
kan korang semua kan dah tamat
-->ASASI PALAM
--> PASUM
-->MATRIKULASI

dan UITM 
serta banyak U lain
maybe akan cuti...
semua info boleh anda tengok kat group kita di

https://www.facebook.com/groups/171636009542836/doc/373570252682743/


Monday 9 April 2012

COming SOon











                                   blog ni masih dalam pembikinan,,,harap bersabar~~~~