Blog ini sudah diintai untuk kali ke:

Thursday 2 August 2012

Nakal~

 Terlalu banyak sangat perasaan time kita sekolah. Sekarang aku akui yang aku merindui zaman persekolahan aku.Sebab sekarang, dimana pon kita, matrik, Universiti or tingkatan 6 ,kita dah tak dapat peluang untuk melalui proses seperti zaman persekolahan dulu.. BENCI,MENYAMPAH. Itulah perasaan aku dulu terhadap MRSM BESUT. .Korang sendiri akan mengakui yang sekolah ni buruk,tak canggih cam mrsm laen, kena duduk dalam dorm.kemudahan yang sedikit dan macam-macam lagi komen negatif.
Tambahan dengan diri aku yang dicampakkan ke dorm "neraka jahanam" aka MERCY. Perit giler rasa nak melalui hari demi hari di dorm mercy tuh, Masa tuh aku form 4.darah masih muda,tengah mengelegak, apa yang aku buat semua aku rasa betul sampaikan aku terlupa pada tujuan aku masuk ke sini.Pointer aku. .pergh...x payah cakap lar, tak sampai 3 pon. Kenapa? ni sebab salah aku sendiri yang merasakan form4 ni zaman untuk bersuka ria. Orang laen pergi prep,pergi surau,aku sorok dalam dorm. .orang lain pergi belajar,aku dok syok rehat dalm bilik sakit, orang laen sibok dok belajar,aku sibok nak melawan cikgu. Sebagai balasanyer, MERCY la tempat yang dihuni aku sepanjang aku form4. Malu? memang malu bila dilabel budak mercy yang nakal.Bila lalu jer ,akan terdengar sok sek. . .segala macam kata negatif. .Banyak "kelebihan" yang aku dapat lalui sebagai budak mercy.


Aku dapat rasa apa yang korang tak rasa.Kitaorang selalu ada spotcek mengejut. tak dibenarkan buat ape2 pon, aku ingat malam tuh,aku sempat amek selimut jer, nak selimutkan diri aku, kena berdiri atas jalan tar yang berada dia antara blok lelaki dan perempuan pukul 3 pagi ! Pagi tu juga kepala kitaorang dipukul dan dihentak dengan buku berkulit keras,lebih kurang cam kamus dewan tanpa sebarang alasan munasabah dari cikgu anuar. .Katanya,kami telah mengusik anak cikgu Samhon kat dewan makan. setahu aku budak tu yang sengaja menjatuhkan diri dia sendiri sebab nak main2 ngan kitaorang,keadaan tu dilihat oleh kak suria dan dia cam marah-marah. .Entahlar,aku tak tahu sejauh mana kebenciaan korang terhadap budak mercy nie. .Tak cukup dengan tue, pelbagai lagi yang dapat kami rasa. .Bola tenis,rotan,buku tebal,alas Al-Quran,macam-macam lagi. .Sampai satu tahap aku tak tahan bila adik form 2 dihentak-hentak guan bola tenis kat belakang badan dia oleh cikgu nuar sampai adik tuh tak dapat bergerak dan hanya mampu terbaring .belakang badan dia lebam-lebam, meskipun aku tak sebulu dengan adik ni, aku tak sanggup lagi tengok yang lain jadi mangsa.Aku pergi jumpa timbalan pengetua sendiri,Puan Hani, aku ceritakan semuanyer dari A sampai Z , aku dah tak malu nak nanges depan dia. .Dia sendiri terkejut dengan semua ni.dia tak bagi kebenaran pada warden untuk buat kami macam ni.walaupun kami ni nakal. .bukan macam ni cara nak ajar. .Aku tak tahu apa tindakan puan Hani tapi yang aku perasan cikgu Nuar dah tak pukul-pukul kitaorang sekejap. .Satu hari tuh, kehadiran ke surau diperiksa, semua ahli dorm mercy tak pergi subuh.kena la buat line panjang tengah-tengah surau tuh,Dorm kitaorang menjadi dorm pertama yang kena hukuman. .Yang lebih teruk,bukan setakat rotan, tapi tudung pon ditarik dikhayalak ramai kslau tertangkap tak pakai anak tudung. untung aku dapat idea waktu tuh, aku capai telekung ,bila disoal aku cakap aku dah bukaklar nak solat. .Tapi ramai jugak yang kena cabut tudung oleh cikgu Malek waktu tuh,untunglar ada seorang hamba Allah ni yang sempat merakam adegan tuh.kalau ikutkan hati panas,aku nak jer buat laporan polis berserta dengan bukti yang ada. Selaind ari tuh, pada satu hari,kepalah aku kena ketuk guna reha(alas Al-Quran) sampai patah benda tuh,aku secara automatic tesumpah cikgu Nuar dengan kata-kata kesat,cikgu Nuar yang dilahirkan dengan lintah ditelinganya terdengar, dia suruh aku keluar sebelum lebih teruk aku kena.  Sempat g aku memaki tyme tuh. .Tapi, bila aku buat semua tuhh,aku pikir ngan rasional, semuanya berpunca dari salah aku sendiri,sape suruh aku tak pergi subuh,sape suruh aku nakal? Akhirnye aku maek keputusan nak mintak maaf dari cikgu-cikgu,Orang pertama kau mintak maaf ialah Cikgu Nuar.  Bila aku mintak maaf,dia cakap cmnie "kemaafan saya terletak pada perubahan diri kamu". So, sejak dari tuh, habes form 4 aku nekad nak berubah, form 5 aku keluar dari dorm tuh, aku belajar betul-betul,aku berjaya capai pointer lebih dari 3.  tapi tu tak cukup nak backup aku time degree, akibatnyer aku graduate nom 60 lebih. .
Kawan-kawan,aku bukan nak menceritakan keburukan sesiapa atau kebodohan sesiapa, Aku nak kalian amek iktibar dari pengalaman ku, jangan bila dah terlepas baru nak menyesal. ingat,terlajak komen di Fb boleh delete,terlajak perbuatan, sendiri tanggung ler. .
Assalamualaikum ~~

No comments:

Post a Comment